Monday, February 4, 2019

Al-Imran Ayat 102

4.3.102 
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 102:
.

Ringkasan tafsir;

Hai orang-orang yang beriman bahawa takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut dan matilah kamu dalam Islam. Oleh itu sesiapa yang bertakwa dan takut kepada Allah  bermakna takut dengan sebenar-benar takut.

Hendaklah berpegang terus dengan agama Islam selama kamu hidup hingga ke mati dengan mentauhidkan Allah dan menunaikan segala suruhan Nya dan meninggalkan segala larangan Nya.

.
[previous] [next] [home] 


.
RUJUKAN SUMBER,
Juzuk4, Surah3 
Terjemahan,
101~110,
[GS]   https://sites.google.com/site/hartasepencarian/3-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      


Sunday, November 11, 2018

Al-Baqarah Ayat 270

3.2.270  
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 270:
.
Ringkasan tafsir;

Disini ada dua perkara yang disebut dalam ayat ini, berkaitan dengan nafkah dan nazar.

Apa-apa yang dibelanjakan dari nafkah untuk mengeluarkan zakat fitrah adalah wajib pada diri.  Sekiranya bersedekah dengan keadaan riak (dengan memukul canang sekeliling kampung bagi menunjuk-nunjuk dan bermuka-muka mengharapkan pujian dan balasan) atau bersedekah dengan harta haram mereka ini tidak dapat ditolong untuk menolak seksa Allah.

Apa-apa yang ada niat nazar bagi tujuan taat kepada Allah hendaklah ditunaikan dengan segera.

Niat nazar itu adalah wajib ditunaikan sekiranya niat itu tidak menderhakai Allah. Sekiranya gagal menunaikan nazar itu maka hendaklah membayar “denda sumpah” seperti salah satu daripada dibawah ini;

1. Memerdeka seorang mukmin.
2. Memberi makan 10 orang fakir miskin.
3. Memberi persalinana pakaian kepada 10 orang fakir miskin
.


Bagi mereka yang bernazar menderhakai Allah, maka tidaklah perlu teruskan niat tersebut dan memadai membayar “denda sumpah” dengan secukupnya.



[previous] [next] [home] 

.
RUJUKAN SUMBER,
Juzuk
3, Surah2
Terjemahan, 261~270,
 [GS] https://sites.google.com/site/45galas/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     

Al-Baqarah Ayat 269

3.2.269     
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 269:
.
Ringkasan tafsir;

Dari penerangan ayat diatas (262 hingga 267) adalah jelas menerangkan betapa pentingnya zakat dan sedekah.

Allah telah kurnia hikmat ilmu berguna (Al-Quran) kepada sesiapa yang dikehendaki. Barang siapa yang mendapat ilmu yang berguna itu sesungguhnya mereka telah mendapat kebajikan yang banyak.

Oleh itu orang yang dapat mempertimbangkan dengan akal yang sempurna, akan patuh dengan hukum Allah yang berupa suruhan dan tegahan bagi peringatan keinsafan dan kesadaran kepada manusia.
.
[previous] [next] [home]



RUJUKAN sUMBER;  

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan, 261~270,
 [GS] https://sites.google.com/site/45galas/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     

 

Al-Baqarah Ayat 268

3.2.268
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 268:

Ringkasan tafsir;

Adapun mereka yang enggan membelanjakan harta kerana Allah dan loket bakhil adalah kerja syaitan yang menjanjikan kemiskinan kepada kamu dan menyuruh membuat keji.

Sedangkan Allah menjanjikan keampunan dan kurnia, sesungguhnya Allah maha luas kurnia lagi mengetahui.

.

[previous] [next] [home]
.
.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan,
261~270,
 [GS] https://sites.google.com/site/45galas/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr